JOM BERKENALAN!





(Eh, eh? Mana satu Ain Nabila ni? Yang tengah ka? Yang pendek ka?)

Assalamualaikum dan salam satu dunia. Saya, pemilik blog ini dengan besar hati nak berkenalan dengan bloggers di luar sana. Kalau nak kenal saya, bacalah setiap bait perkataan yang ada pada laman ini. Lepas baca, tinggalkanlah jejak anda tak kiralah di ruangan komen atau di cbox. Kalau rasa nak follow, followlah. Kalau rasa nak balik, tekan ja butang DASHBOARD kat atas tu ya? :) Okey, mari kita mulakan sesi berkenalan.

Nama: Ain Nabila (pena)
Umur: (Batch02, kiralah berapa umur saya :P)
Birthday: August 3
Berat: 4x kg (InshaAllah bulan ramadan nanti turunlah tu)
Tinggi: 158cm
Asal: Negeri Di Bawah Bayuuu~
Cita-cita: Nak usahakan bisnes sendiri, InshaAllah :)
Sekolah Rendah: SK Malawa
Sekolah Menengah: SMK Bandaraya
Favourite: PINK, PINK, PINK AND PINK
Hobi: Blogging, Makan, Baca buku
Blogging since: 19 Julai 2014 (selalu lupa nak celebrate)

Hm, rasanya tak cukup lagi kalau nak kenal Ain Nabila. Meh sini... saya tambah sikit!

MALAS KE RAJIN?
Nak cakap pasal sikap, saya sebagai pelajar memang ada SEDIKIT KEMALASAN dalam diri. Dalam umur-umur yang sensitif ni, saya selalu juga kena marah dengan mak dan abang. Biasalah, budak mentah lagi. Ada banyak lagi benda nak kena belajar. Tapi, bila cakap pasal MAKAN, BLOG dan BUKU, saya automatik jadi rajin. Hm, malas tu malaslah juga. Tapi ada juga kerajinannya :D

HABIT MAKAN YANG PELIK
Saya memang kuat makan sejak kecil lagi. Sebab tulah berat tak reti nak maintain. Kejap turun, kejap naik. Badan pun kejap kecut, kejap kembung. Cerita pasal habit waktu makan, memang saya tak nafikan yang saya mempunyai HABIT MAKAN LUAR BIASA YANG TERAMAT PELIK DAN WEIRD SERTA TERLEBIH EKSTREM!!! (Aiseyyymen xD) Acaner tu habit makan yang pelik?

 *Saya campur pelbagai jenis makanan dalam satu pinggan yang langsung tak sesuai dengan konsep asal makanan tu. Ha, selalunya saya buat macam ni kat rumah ja. Tak berani lah pulah nak buat kat restoran atau mana-mana gerai :P Dan saya baru ja buat benda ni waktu makan tengahari.

Disebabkan ayam yang dimasak tu tak berapa nak naikkan selera saya, jadi saya bubuh kicap masin beserta bawang goreng kat nasi dan ayam tuh. Sebab saya ni jenis yang suka makan makanan crunchy >_< Pengubahsuaian makanan yang saya buat tu mampu mengenyangkan perut yang kosong ni.

SAYA ANAK BONGSU!!
Ya, saya anak bongsu dari enam beradik. Orang selalu kata, anak bongsu ni disayangi, selalu dimanjakan dan ibu bapa akan beri apa yg dia nak ASAP. For me, they're wrong. Tak semua anak bongsu dapat apa yang diorang nak. Like me :) Sebab saya sedar saya ni bukannya dari keluarga yang berada. Takpe, takpe.. berbaloi juga dapat tunggu bertahun-tahun. Walaupun apa yang saya nak tu tak seperti yang saya imagine, tapi itu dah cukup. NAMUN BEGITU, ADAKALANYA SAYA NAK LEBIH DARI APA YANG SAYA MILIKI. 

Contohnya, laptop. Huhu, saya dah ada laptop sebenarnya. Tapi, apa yang saya tak puas hati ialah laptop ni lembab tahap dewa, ya Allah :') Yalah, laptop 1Malaysia je kot. Tak mampu nak beli laptop harga beribu. Bukannya cerewet, tapi saya dah fed up dengan laptop ni. Tak pasal-pasal kena injut 30 kali sebab tak siap PowerPoint untuk presentation Sains. KENAPA TAK SIAP??!! Sebab laptop lembab. Entah berapa kurun dia nak loading... dia nak hang... aku pun tak tahu, wahai cikguku~ Laptop ini jugalah yang dah sangkut update untuk blog ni. Tengoklah, kosong semacam. KENAPA?!!! Sebab laptop buat hal :)))))))) 

Dan saya teringin nak install WINDOWS 10. Tapi, inikan laptop 1Malaysia ja. Tak larat DIA nak angkat. Sampai abang pun perli hmmmph! >_> Tapi azam dah disemat nak kumpul duit beli laptop, phone dan camera. (Banyak sangat tu) 

Eh? Dah penat membaca? Saya pun dah penat menaip. Dah cukuplah tu agaknya :) Korang pun mesti dah bosan. Kbye. 

**MAAFKAN SAYA JIKA SAYA TERLALU RAJIN NAK MENAIP SAMPAI KORANG BOSAN. MAAFKAN SAYA JUGA JIKA ADA KESALAHAN BAHASA DAN EJAAN. FAHAM2LAH, SAYA NI CEMERKAP ORANGNYA :)



No comments:

Post a Comment

Dah habis baca? Arigatou gozaimasuuu! Eh, nak komen? Boleh, tapi jangan kasar-kasar ya? Trimasss